Spice Up Your Life

Ceritera Kita…

Yeah..holiday!

School holidays will coming soon.. Happy? Yeah.. I will go back home, spending my sweet, memorable time with my family and of course, I’m hoping to meet him too..
Got lots of wedding invitations from my friends,but it seems like there will be 2 or 3 invitations per weekend… Have to think first which wedding I would like to attend.

My partner and I will go for our practicum at S.K Sg Kantan, Kajang starting 22 June to 18 Sept 2009. What do I expect? I just hope that I can give full commitment in whatever task that will be assigned to me. I just hope that I will maintain a good relationship with the HM, my supervisor and also the mentor at school. The marks come from them..it is important to make them satisfied with my work.

Life as a real teacher will start very soon……

Advertisements

May 26, 2009 Posted by | Uncategorized | | Leave a comment

senyap.. adakah sibuk?

Jawapannya memang YA! semenjak masuk KPLI ni, life jadi macam hampeh.. tiap2 kali masuk bilik, tengok meja, confirm teringat Assignment. sampai nak keluar jalan2, cuci mata, or ronggeng-ronggeng pun jadi serba salah.

Memang hidup student KPLI mcm gini ke? asyik nak kejar due date submit assignment. Tension tau! Kalau org ade husband, at least husband dia leh tolong siapkan power point presentation ke, tolong menaip ke.. tapi kalau yang single ni, alahai…sendiri mau ingat la..

Aktiviti luar pun bersusun-susun. Setakat 3bulan lebih la masuk kursus, dah 3 4 kali ber’camping. Ke laut, ke sungai, ke padang..semua sudah. Harap2 lepas ni takda lagi apa-apa aktiviti luar. Tak larat dah, k. Please..give us some break!

Blog ni pun mcm akan SENYAP saja lepas ni.. sampai la satu masa, semua ini berakhir..time praktikum nanti ke? hehe..

ok..sekian luahan rasa.. (“,)

April 24, 2009 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

2.weeks.already

It’s been a while since the last time I wrote on the blog.. Things happened too fast. CNY has passed by, the orientation week too..and here I am now.. 2 weeks already at Bangi..

Betul kata org, jangan terlalu mengharapkan pada sesuatu yang belum pasti.. Tapi bila kita dah melangkah, buatlah yang sebaiknya.. Sebelah kaki dah layak dipanggil ‘cikgu’. Tinggal sebelah je lagi untuk menuntut ilmu yang rasanya takkan cukup kalau setakat 6 bulan belajar..

What do I expect for the 6 months ahead?

Pengalaman mengajar yang perlu dikutip..atau ditanya dari semua pensyarah.. Persiapkan diri utk ke praktikum..jangan wat malu depan anak murid,ok?

It’s a lie if I say I didn’t miss my previous job. There’s no stress, no need to jog around the field, no need to climb up the 4th floor to go to my room.. But, this is the decision that I’ve already make.. No turning back!

I miss my colleague too.. Maya and Ros..takde la lagi teman bergossip.. (“,)

Now, I’m preparing the slides for presentations.. Everything needs to be presented here. Why? To make us look brave in front of the students.. Haha… that’s only my opinion…

January 28, 2009 Posted by | Uncategorized | 1 Comment

sudah bersediakah?

hanya tinggal 3 hari saja lagi untuk saya melalui pengalaman hidup yang baru..yang bakal menentukan arah tuju hidup saya selepas ni..yang mempengaruhi jatuh bangun hidup..menentukan kerjaya saya.. Pendek kata,semua bermula dari situ..

genap seminggu sudah sejak saya hanta ‘resign letter’ ke HR. akibat pengurusan cuti yang tidak teratur masa awal2 tahun dulu..maka cuti saya berlebihan.. 18 hari untuk 2008 dan 2hari setengah untuk 2009..  dan saya terpaksa sedeqah 1 hari setengah cuti kepada ‘company’. apa leh buat..lansung tak terfikir yang saya akan menerima tawaran sebegini. simpan cuti pun hanya untuk planning melansungkan majlis.. haha..berangan!

semoga keputusan ini adalah yang terbaik…walaupun ia lebih kepada memenuhi keinginan keluarga,tapi kebahagian mereka adalah kebahagian saya juga. mak pernah cakap.. “bila along dah jadi cikgu ni,mak tak risau la nak tinggalkan adik2 dok ngan along bila mak dah takde nanti.. ” sebak bila mendengar seorang ibu meluah rasa sebegitu…

insyaAllah, kita merancang, Allah juga merancang..tapi Allah jugalah sebaik-baik perancang..

January 8, 2009 Posted by | Work | Leave a comment

menghitung.hari

menghitung hari

detik demi detik

demi cinta dan masa depan

sekali lagi sindrom itu datang

ketakutan pada apa yang bakal terjadi

Tuhan, kuatkan semangat ku..

agar mampu meredah apa sahaja rintangan dan halangan

*sedih mahu meninggalkan rakan-rakan

December 31, 2008 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

a.year.already

sedar tak sedar, dah setahun saya bekerja di kampeni sekarang. setahun juga saya sudah bermastautin di bumi Selangor. genap juga setahun saya bergelar graduan universiti. hidup ini terasa sungguh cepat berlalu. terasa seperti baru semalam saya menghadiri interview..huhu.. Masa terasa menghambat kita!

ape yang berlaku dalam setahun ini?

-pengalaman kerja outstation serata Malaysia, jalan-jalan Port Dickson, jalan-jalan Terengganu… banyak jg la sebenarnya.. antara ingat dengan tak jer..

saya teruja dengan movie dan drama jepun semenjak 2 menjak ni.. bagi saya,kualiti filem dan drama mereka sangat jauh bezanya dari apa yg ada di negara kita. dalam sebok2nya bekerja, sempat juga saya menghabiskan drama Kimi Wa Petto, Bambino dan Hana Yori Dango 2. Ni semua gara-gara meminjam DVD dr cik jis la..dalam semua cerita tu ada Matsumoto Jun..

Utk raya haji, saya bercuti 6 hari. Lama tu.. alang2 dah ade cuti banyak,apply je la. Tengah plan..ape nak dibuat cuti Raya Haji ni… (“,)

December 5, 2008 Posted by | Uncategorized | 2 Comments

Mood : Wedding

Dari mana punai melayang

Dari sawah turun ke kali

Dari mana datangnya sayang

Dari mata turun ke hati

Mood : Wedding Celebration..

2 minggu kebelakangan ni, memang musim org naik pelamin.. Ape lagi,yang single mingle ni ambik la berkat awal-awal.. Kot2 la berkat tu nak melekat,kan.. Teruja juga dengan kawan-kawan yang agak awal naik pelamin.. Ape pun,tahniah la untuk kawan-kawan. Bermula la satu lagi episod baru dalam kehidupan. Meningkat satu lagi ‘step’ ke hadapan..

sdc11264Paana in purple – Gerik, 22 Nov 08

dsc00180Mimie n Azlan in brown – Seremban, 29 Nov 08

December 1, 2008 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

sibuk=busy

Letih betul di hujung-hujung tahun ni.. Antara bulan 10 ke bulan 12,memang masa outstation utk staff department IT ni. Saya sendiri dah ke Neg. Sembilan, Melaka, Johor.. tu belum masuk yang dekat-dekat Selangor lagi.. Hujung minggu betul-betul pack. Nak balik kampung lagi, nak jumpa buah hati lagi.. Nasib la si dia duduk jauh..tu pun time-time macam ni jugak la dia nak kita ke sana.. Mengenangkan dah lama tak berjumpa, laratkan la jua nak ke sana..

Bos kata pagi tadi muka-muka staff IT kluar kat Buletin Pagi.. Wahh,glamer la akak.. Ala,takde maknanya. Bukan kita yang dapat nama,kampeni jugak… Staff dapat apa? Dapat letih je la. Malam tadi pukul 9 malam baru sampai umah..Outstation ke Tanjong Karang. Tanggungjawab..layankan aje.

Kawan-kawan dok atur kenduri sepanjang cuti sekolah ni. Untuk Pa’ana & pasangan (Gerik-22hb) , Ida ex-rumet & pasangan (Dungun – 29hb), Wani Ismail dan pasangan (Balik Pulau – 30hb).. tenkiu kerana menjemput.. Selamat Pengantin Baru, semoga kekal ke anak cucu…

Eh, hari tu kite gi tengok Hana Yori Dango the Movie.. Best.. Memang best.. Tersenyum-senyum & gelak-gelak je sepanjang movie. Boleh la hilang tension kejap lepas penat bekerja. Boleh je layan movie kat panggung lepas balik kerja kan..macam nak selalu buat je lepas ni.  (“,)

how sweet..

how sweet..

November 10, 2008 Posted by | Life | Leave a comment

kisah.lama

Selamat Hari Raya.. masih tak terlewat rasanya kerana hari ini masih lagi dalam bulan Syawal. Dah puasa sunat? Saya baru 2 hari berpuasa. Moga sempat sebelum 30 Syawal.

Raya tahun ini? Bagi saya biasa-biasa saja. Masa banyak diabiskan di dapur. Mengemas,memasak,membasuh..dah menjadi 1 kelaziman kerana saya cucu perempuan yang sulung. Wajib bagi saya membantu mak dan makcik-makcik yang lain. Opah pun tak kuat lagi nak buat semua kerja dapur. Saya hanya beraya di kampung..cuti pun tak lama, tak sempat nak berjalan ke mana-mana. Kemeriahan Raya hanya pada hari yang pertama.

Raya ke-5 saya mendapat jemputan kahwin seorang rakan di Besut. Tapi maaf Che Mat,terlalu jauh. Tak mampu saya penuh undangannya. Seorang demi seorang rakan mendirikan rumahtangga. Ramai juga yang telah mengikat hubungan dengan pertunangan. Alya,baby nya dah besar.. Parap,tengah sarat mengandung.. Shahir, Che Mat tengah hangat berbulan madu. Itu belum dikira rakan-rakan dari MRSM Beseri. Majoritinya dah bertunang@berkahwin. Boleh ‘psycho’ jadinye. Bila pula turn saya? Tunggu dan lihat sahaja..

Opps..di luar hujan lagi.. Semalam saya tak boleh tidur disebabkan hujan sangat lebat. Kilat,guruh,petir..semua ada la.. Bila tak boleh tidur,saya sengaja mengganggu seseorang yg kebetulan belum tidur juga. Tapi tak sangka ayat sebegini yang dia luahkan.

” Takde ape2 la awk,perasaan awak tu yg takut. Takpe2,saya sentiasa ada disisi awak”

Tak berniat mengungkit kisah lama. Tak ada niat juga utk menyambung kembali. Kerana,masing2 sudah punya jalan sendiri. Di sisi? Tak perlu rasanya. Takpe la..saya buat-buat lupa sahaja ayat itu. Rasa macam bersalah juga kerana saya mengganggu nya malam2 hari seperti biasa yg saya lakukan satu ketika dulu.. (terkenang kisah lama)

Tak sabar rasanya mahu ‘outstation’ ke pantai Timur. Warghh..lambat nye nak tunggu 24haribulan…!

October 15, 2008 Posted by | Life | 1 Comment

tersirat.dan.tersurat

Masih belum sempurna..

Gerakkan Hati… Hati gerakkan…
Pandanglah aku.. aku lah dia..

Kulitku tebal.. ku kebal.. ingatku kebal
Hanya berbual makan angin kembung perut mual
Resah dan tidak senang.. hidup tak pernah lenang
Ku schizo paranoia takut pecah tembelang

Pecah tembelang… peta dah hilang
Bangau dah pulang… suara sumbang

Lidahku kaku tak selicin kuku
Teman baikku buku
Bini ku pena.. tak pernah lena
Aku suka mengintai pantang ditenung
Berakhir pertelingkahan dalaman
Pasti belum

Ikut gerak hati.. pena melayang
Dilihat dua layang pandang
Tak lah sekarang
Takat meradang
Tanya.. abang gedang, apa barang?
Badan macam badang
Main acah belakang parang

Kuhunuskan keris musuh ada pistol
Tradisi kekalkan adaptasi harus betul
Tujuh baris keramat tujuh garis penamat
Baik berpada biar jahat asal selamat

Ramai saudaraku yang baik telah dipijak

Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua birat dan kalimah
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu

Yo! ijazah terbaik datangnya dari jalanan
Dari pengalaman bercakap dan bersalaman
Konflik motivasi cuba medatasi
Positif dan benci jadi inspirasi pagi

Peduli itu interpretasi basi pekakkan sebelah
Halang biar keduanya muka cantik
Soalan bodoh yang ditanya jadi melodinya
Lebih hina dari zina

Lu bikin dosa ku bikin prosa
Testosterone testarosa
Cita-cita sosa KL KL kosa nostra
Jalan berliku ku harung roller coaster
Gah sentosa tiada penyesalan
Luas pandangan jauh dah berjalan
Tak sempurna masih ada kejanggalan
Gagal merancang, merancang kegagalan

Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua birat dan kalimah
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu

Kucing bawa tidur rimau bawa igau
Masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

Naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
Turun bukit pucat dengar tiga miaww
Kucing bawa tidur rimau bawa igau
Masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
Tolak pintu gua tiga kerat tenaga
Kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
Ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
Menang dengan otak tak mesti dengan pedang

Sebelum jadi naga, ikan koi renang renang
Kura-kura salah jawab pantun, naik berang
Panggil lima kawan atau biar pergi laju
Risaukan pekara remeh kita tak akan maju
Muka sama hijau hati siapa tahu
Merah dah menyala pasti mati siapa mahu
Gagap tiga kali bercakap benar saja
bulan terang ramai yang keluar buat kerja

Panjat pokok buluh cari tokong air terjun
Naik sampai nampak dah terpegun turun
Tiga ular ikut lompat atau paut
Kalau terus mati jika belok maut

Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua birat dan kalimah
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu

Puisi hati mu… hati mu puisi
Palu hati ku palu hatiku

Kulit tak besalin walau saling ganti baju
Pandang sini pandang sini
Ku berbahasa baku kata kata nahu
Himpun jadi satu
Mantera beradu dengan irama dan lagu

Akhirnya sempurna

p/s : Apa yg cuba malique dan m.nasir sampaikan pada kita,yerk?

September 25, 2008 Posted by | Life | Leave a comment