Spice Up Your Life

Ceritera Kita…

tersirat.dan.tersurat

Masih belum sempurna..

Gerakkan Hati… Hati gerakkan…
Pandanglah aku.. aku lah dia..

Kulitku tebal.. ku kebal.. ingatku kebal
Hanya berbual makan angin kembung perut mual
Resah dan tidak senang.. hidup tak pernah lenang
Ku schizo paranoia takut pecah tembelang

Pecah tembelang… peta dah hilang
Bangau dah pulang… suara sumbang

Lidahku kaku tak selicin kuku
Teman baikku buku
Bini ku pena.. tak pernah lena
Aku suka mengintai pantang ditenung
Berakhir pertelingkahan dalaman
Pasti belum

Ikut gerak hati.. pena melayang
Dilihat dua layang pandang
Tak lah sekarang
Takat meradang
Tanya.. abang gedang, apa barang?
Badan macam badang
Main acah belakang parang

Kuhunuskan keris musuh ada pistol
Tradisi kekalkan adaptasi harus betul
Tujuh baris keramat tujuh garis penamat
Baik berpada biar jahat asal selamat

Ramai saudaraku yang baik telah dipijak

Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua birat dan kalimah
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu

Yo! ijazah terbaik datangnya dari jalanan
Dari pengalaman bercakap dan bersalaman
Konflik motivasi cuba medatasi
Positif dan benci jadi inspirasi pagi

Peduli itu interpretasi basi pekakkan sebelah
Halang biar keduanya muka cantik
Soalan bodoh yang ditanya jadi melodinya
Lebih hina dari zina

Lu bikin dosa ku bikin prosa
Testosterone testarosa
Cita-cita sosa KL KL kosa nostra
Jalan berliku ku harung roller coaster
Gah sentosa tiada penyesalan
Luas pandangan jauh dah berjalan
Tak sempurna masih ada kejanggalan
Gagal merancang, merancang kegagalan

Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua birat dan kalimah
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu

Kucing bawa tidur rimau bawa igau
Masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

Naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
Turun bukit pucat dengar tiga miaww
Kucing bawa tidur rimau bawa igau
Masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
Tolak pintu gua tiga kerat tenaga
Kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
Ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
Menang dengan otak tak mesti dengan pedang

Sebelum jadi naga, ikan koi renang renang
Kura-kura salah jawab pantun, naik berang
Panggil lima kawan atau biar pergi laju
Risaukan pekara remeh kita tak akan maju
Muka sama hijau hati siapa tahu
Merah dah menyala pasti mati siapa mahu
Gagap tiga kali bercakap benar saja
bulan terang ramai yang keluar buat kerja

Panjat pokok buluh cari tokong air terjun
Naik sampai nampak dah terpegun turun
Tiga ular ikut lompat atau paut
Kalau terus mati jika belok maut

Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua birat dan kalimah
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu

Puisi hati mu… hati mu puisi
Palu hati ku palu hatiku

Kulit tak besalin walau saling ganti baju
Pandang sini pandang sini
Ku berbahasa baku kata kata nahu
Himpun jadi satu
Mantera beradu dengan irama dan lagu

Akhirnya sempurna

p/s : Apa yg cuba malique dan m.nasir sampaikan pada kita,yerk?

September 25, 2008 Posted by | Life | Leave a comment

pohonlah dengan ikhlas

bulan Ramadhan semakin berlalu meninggalkan kita. adakah peluang lagi untuk kita bertemu dengan Ramadhan tahun hadapan? andai ini Ramadhan terakhir,ape tindakan kita? saya tak mampu menjawabnya..kerana terasa diri ini begitu kerdil di sisi Ilahi.

malam Isnin, saya menelefon mak di rumah. hanya sedikit nasihat diberi,tapi mampu membuatkan saya hiba. dugaan yang mak tanggung begitu hebat,kehilangan suami semasa anak-anak masih belajar. nasihatnya cuma agar saya sentiasa ingat Allah, sentiasa memohon kepadaNya supaya diberikan peluang mendapat pekerjaan yang lebih baik. kalau hanya mak yang berusaha,tapi anak-anak tidak bersungguh-sungguh meminta kepada Allah..apa lah gunanya. saya tahu,mak mahu anaknya yang sulung ini mampu membantu keluarga. mampu membantu adik-adik menyara pengajian mereka. yer..jauh dalam hati saya,kalau boleh,saya ingin menguruskan semuanya. Ya Allah,bantulah hamba-Mu yang lemah ini…

p/s: teringat bulan puasa tahun 2005 tatkala berbuka di hospital selama seminggu. tried to be the best nurse to my late dad!

September 24, 2008 Posted by | Life | Leave a comment

sahur.berbuka.terawikh

Dah masuk bulan Ramadhan pun.. arini dah 8 Ramadhan 1429H. Rutin bulan puasa sedikit berubah dari hari-hari yang biasa.. Seawal jam 4.30 dah bangun,utk persiapkan makanan sahur. Yang mudah-mudah je..buat ape nak susahkan diri pagi-pagi buta kan? Lps abis makan..gosok baju..solat Subuh..dan tidur semula.. Pukul 7.00 baru bangun dan siap2 utk g kerja. Tiap2 hari ulang benda yang sama.

Berbuka plak..tiap-tiap hari ke Pasar Ramadhan yang dekat betul dgn rumah. Jalan kaki 3-4 minit dah sampai. meriah sungguh…nak makan ape,tunjuk dan bayar sahaja. Harga? Memang mahal kalau nak dibandingkan dgn pasar Ramadhan di kampung. Tapi ape boleh buat.. Kelana Jaya, kawasan org kaya-kaya.. Kadang-kadang datang mood nak memasak, masak je la ape yg ter’rajin. Maklumla..makanan agak mahal skrg.

Terawikh? Kat masjid tabung haji la.. dekat saja dgn rumah. Tapi takde la tiap2 malam pegi. Kalau tak letih sangat, InsyaAllah pegi.. maklumla.. siangnye bekerja kan..

Sekian coretan utk aktiviti bulan puasa…

September 9, 2008 Posted by | Uncategorized | Leave a comment