Spice Up Your Life

Ceritera Kita…

sudah bersediakah?

hanya tinggal 3 hari saja lagi untuk saya melalui pengalaman hidup yang baru..yang bakal menentukan arah tuju hidup saya selepas ni..yang mempengaruhi jatuh bangun hidup..menentukan kerjaya saya.. Pendek kata,semua bermula dari situ..

genap seminggu sudah sejak saya hanta ‘resign letter’ ke HR. akibat pengurusan cuti yang tidak teratur masa awal2 tahun dulu..maka cuti saya berlebihan.. 18 hari untuk 2008 dan 2hari setengah untuk 2009..  dan saya terpaksa sedeqah 1 hari setengah cuti kepada ‘company’. apa leh buat..lansung tak terfikir yang saya akan menerima tawaran sebegini. simpan cuti pun hanya untuk planning melansungkan majlis.. haha..berangan!

semoga keputusan ini adalah yang terbaik…walaupun ia lebih kepada memenuhi keinginan keluarga,tapi kebahagian mereka adalah kebahagian saya juga. mak pernah cakap.. “bila along dah jadi cikgu ni,mak tak risau la nak tinggalkan adik2 dok ngan along bila mak dah takde nanti.. ” sebak bila mendengar seorang ibu meluah rasa sebegitu…

insyaAllah, kita merancang, Allah juga merancang..tapi Allah jugalah sebaik-baik perancang..

January 8, 2009 Posted by | Work | Leave a comment